Friday, June 11, 2010

KENALI MASKOT PIALA DUNIA SEJAK 1966

Posted by nir akhbar abdul aziz


1966 - PIALA DUNIA WILLIE, ENGLAND
Remaja muda berwajah singa ini memulakan siri pengenalan maskot. tahniah kepada Piala Dunia Willie dan pakaian retro Union Jack.

1970 - JUANITO, MEXICO
Lelaki yang gilakan bola sepak diberi nama Juanito lengkap dengan topi Sombrero. Mexico tulin.

1978 - TIP & TAP, JERMAN BARAT

Dua pemain yang hanya memikirkan bola sepak dalam kepala dan WM terpampang dijersi mereka - singakatan kepada Weltmeisterschaft atau Piala Dunia.

1978 - GAUCHITO, ARGENTINA
Bukan sahaja lelaki ini menyarung jersi Argentina, dia juga turut melakukan aksi `gaucho' sambil memakai kain lilit leher dan memegang rotan.

1982 - NARANJITO, SEPANYOL
Dia adalah sebiji oren yang memegang sebiji bola! Semua mengemarinya. Namanya adalah naranja dalam bahasa Sepanyol bermaksud buah oren.

1986 - PIQUE, MEXICO
Cili dari jenis jalapeno lengkap bertopi Sombrero. Namanya adalah picante, bahasa Sepanyol untuk sos cili pedas.

1990 - CIAO, ITALI
Trend yang agak unik tetapi masih kekal menjadi legenda. Lelaki kayu dengan tiga warna kebangsaan Itali sedang berlari. Hebat.

1994 - STRIKER , AMERIKA SYRIKAT
Mengembalikan semula ingatan kepada watak animasi , Striker seekor anjing yang gila bermain bola sepak menyarung jersi Amerika Syarikat.

1998 - FOOTIX, PERANCIS
Salah satu haiwan kebangsaan Perancis yang namanya adalah gabungan perkataan `bola sepak' dan ditambah dengan `ix'. Dipopularkan oleh animasi Asterix yang bulunya dipotong kemas.

2002 - ATO, KAZ & NIK, KOREA SELATAN-JEPUN
Tiada siapa tahu apa yang diwakili tiga watak ini. Faktanya mereka dipilih oleh mereka yang bekerja di restoren McDonald, negara yang menjadi hos kejohanan.

2006 - GOLEO IV & PILLE, JERMAN
Watak yang memakai pakaian berbulu lebat serta jersi Jerman tetapi tidak berseluar. Lebih baik jika watak Tip & Tap dikembalikan semula dengan versi baru.

2010 - ZAKUMI, AFRIKA SELATAN
Zakumi adalah kod ISO 3166-1 alpha - 2 untuk Afrika Selatan, `ZA'. Kumi pula adalah perkataan kepada `sepuluh'. Namun ia kelihatan agak kewanitaan.

0 comments:

Post a Comment